Assalamualaikum w.b.t. dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada pembaca sekalian. Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan salam Ramadhan 2012M/1433H, semoga Ramadhan kali ini dapat kita gunakan sebaik mungkin untuk beribadah kepada Allah taala. Amin.

Sebentar tadi saya berpeluang untuk bertemu dan berbual dengan Encik Zamri, pembekal dan seorang pakar dalam perihal Madu Tualang. Beliau merupakan seorang yang berpengalaman dalam memungut dan menjual madu tualang asli sejak tahun 1991 dan tentu sekali banyak pengalaman yang dapat dikongsikannya. Dalam pertemuan saya yang singkat pada 1 Ramadhan selepas solat tarawikh kira-kira 1 pagi, sambil-sambil ambil stok saya berbual-bual dengan beliau tentang pengalamannya.

Berikut merupakan beberapa kisah dan pengajaran yang mungkin boleh menjadi peringatan kepada kita semua dalam berurusan dengan madu khususnya madu tualang yang terdapat terlalu banyak penipuan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab:

Kisah #1: Penipuan “Bisnes” Madu Tualang

Terdapat beberapa sindiket yang menjalankan penipuan “peluang bisnes” madu tualang yang kebanyakkannya melibatkan pendatang asing dari negara jiran. Modus operandi mereka cukup mudah dan licik sehinggakan seseorang yang menjadi target kumpulan ini dengan mudah akan mempercayai dan melaburkan duit mereka (sebenarnya “meleburkan” duit).

Kebanyakkan penipuan ini biasanya dijalankan oleh penjual madu tualang tiruan yang akan menawarkan madu dengan harga yang cukup murah kepada pembeli (sehingga tidak masuk akal!). Mereka akan bermain dengan emosi dengan menjanjikan pulangan singkat dengan mengatakan terdapat “ready buyer” yakni pembeli yang sudah sedia membeli madu yang mereka jual.

Bagi meyakinkan lagi mangsa, kumpulan penipu ini akan menyamar sebagai pembeli madu tualang dari Singapura dan menghubungi mangsa bertanyakan tentang stok madu tualang, konon-kononnya untuk membeli dalam kuantiti yang banyak (mana dia dapat nombor pun tak tahu). Mangsa yang mengetahui terdapat pembeli yang ingin membeli dalam kuantiti yang banyak tentu “gelap mata” dan mempercayainya kerana terpengaruh dengan janji-janji si “pembeli”.

Apabila persetujuan telah dicapai, si penipu akan menghantar “madu-madu” tualang yang diletakkan didalam tong drum ke alamat si mangsa dan hanya menerima wang dalam bentuk “cash” sahaja. Tanpa mangsa sedari “ready buyer” yang dijanjikan tidak lebih dari lakonan pihak yang sama dan “madu-madu” yang dihantar adalah madu tiruan yang membahayakan kesihatan dan mampu merosakkan buah pinggang jika dimakan!!!

Akibat kurangnya informasi tentang madu terdapat ramai yang tertipu sehingga ratusan ribu ringgit kerana terpedaya dengan penipuan sindiket-sindiket ini. Ada kes dimana mangsa membuat pinjaman dengan adik-beradik, sahabat handai sehingga puluhan ribu semata-mata ingin membeli “madu” palsu beracun!!! Menyesal tak sudah tidak berguna lagi. “Ready buyer” hilang, madu tak asli pulak beracun dan tak dapat dimakan. Malang sekali nasib mangsa… Saya bersimpati terhadapat mereka.

Kisah #2: Penipuan Madu Tualang Beracun!

Tahukah anda madu-madu yang dijual dalam botol kaca pada harga yang cukup murah (RM20-40 sebotol), dijual dipasar-pasar malam bahkan dijual oleh orang asli di tepi-tepi jalan (yang konon-kononya asli sangat) kebanyakkannya adalah tidak asli dan boleh membahayakan kesihatan anda?

Ya benar! Kebanyakkan madu yang dijual oleh individu di pasar malam dan orang asli di tepi-tepi jalan dibekalkan oleh individu yang menghasilkan sendiri madu tersebut dan bukanlah madu yang diambil pada sarangnya!

Madu-madu itu merupakan madu buatan yang dicampurkan dengan pelbagai bendasing yang menjadikan teksturnya seakan-akan madu tetapi sebenarnya racun yang boleh membahayakan nyawa kita sekeluarga! Jika seseorang mengamalkan madu tidak asli dikhuatiri boleh menggagalkan buah pinggang dan komplikasi lain yang akan menyusahkan hidup kita pada masa akan datang.

Mengikut kata Encik Zamri yang memungut sendiri madu dari Riau Indonesia, cukai yang dikenakan oleh kerajaan untuk sarang madu sahaja (kira-kira sebesar helmet) sudah mencecah RM300, mana mungkin peniaga boleh menjual pada harga RM20 untuk sebotol madu tualang 1kg, bahkan madu yang terdapat di Malaysia juga sudah semakin berkurangan menyebabkan harganya melambung dengan tinggi sejak kebelakangan ini.

Inilah serba sedikit yang boleh saya kongsikan dengan pembaca semua semoga kita boleh membuat langkah berjaga-jaga dalam mengamalkan atau menjalankan perniagaan madu tualang. Bukan niat saya untuk memomok-momokkan anda dengan cerita diatas atau menjatuhkan mana-mana pihak (kecuali pihak penipu), tetapi agar kita tidak mudah tertipu dengan janji-janji manis individu-individu yang berniat jahat dengan mengaut keuntungan dengan cara haram.

Akhir kata, keputusan ditangan anda, anda boleh dapatkan madu tualang berharga RM20-40 sebotol yang diragui keasliannya di pasar-pasar malam ataupun anda boleh dapatkan terus madu dengan mereka yang ahli. Madu tualang asli harganya mungkin mahal, tetapi ia mengandungi semua khasiat yang sepatutnya ada pada madu tualang dan tentunya tidak membahayakan kesihatan anda.

Dapatkan madu tualang asli 100% disini. Klik butang dibawah untuk membuat pembelian sekarang (sementara stok masih ada):