Terdapat banyak penjual madu diinternet tetapi kebanyakkannya mengecewakan apabila madu yang diterima rosak/pecah semasa proses penghantaran. Selalunya ia disebabkan oleh cara bungkusan yang tidak selamat dan kecuaian syarikat kurier.

Bagi menjaga keselamatan produk anda kami telah mengambil beberapa langkah pencegahan untuk memastikan madu tualang yang anda pesan sampai ke tangan anda dengan selamat. Berikut merupakan teknik pembungkusan yang kami lakukan:

Botol madu tualang yang kami bekalkan menggunakan material yang tahan lasak dan di "seal" menggunakan "shrink wrap".

Botol itu kemudiannya dimasukkan kedalam plastik sebelum di"seal" menggunakan sealer. Langkah ini kami lakukan bagi mengelakkan madu meleleh jika botol pecah.

Botol akan di seal kali kedua menggunakan plastik lain (dua plastik) bagi memastikan ia benar-benar selamat.

Bungkusan itu akan dimasukkan kedalam kotak khas untuk mengelakkan botol rosak akibat dari hentakkan.

Kotak itu kemudiannya akan di"seal" menggunakan pita pelekat.

Akhirnya kotak akan dibalut dengan plastik Poslaju, ditampal sticker "fragile" dan siap untuk dihantar ke tempat anda!

Penghantaran madu tualang kami menggunakan khidmat PosLaju. Produk yang anda pesan akan sampai dalam masa 1-3 hari (Semenanjung) atau 4-5 hari (Sabah & Sarawak). Kami akan berikan anda nombor tracking code melalui sms untuk setiap pesanan yang anda buat.

Kami galakkan anda menggunakan alamat pejabat jika tiada orang dirumah pada waktu kerja. Jika anda tiada dirumah, pihak PosLaju akan meninggalkan notis pungutan. Dengan notis itu anda boleh memungut produk di pejabat PosLaju terdekat dengan kediaman anda.

Jika anda ada sebarang pertanyaan sila hubungi kami.