Jika anda pernah membaca tentang madu tualang di dalam post saya yang terdahulu di sini anda pasti tahu bahawa madu tualang merupakan madu hutan yang mengandungi khasiat yang tinggi. Mengikut kajian yang dilakukan oleh UPM pada tahun 1995, mereka mendapati madu tualang mengandungi 5 kali ganda lebih khasiat daripada madu lebah pelihara!

Semua ini disebabkan oleh kepelbagaian sumber nektar yang diambil oleh lebah hutan gergasi (apis dorsata). Lebah ini mengambil sumber nektar dari pelbagai flora yang terdapat di dalam hutan yang mengandungi khasiat yang tinggi. Tahukah anda madu tualang juga boleh dijadikan sebagai ramuan kecantikan?

Ya benar. Madu tualang boleh dijadikan ramuan di dalam penghasilan mask semulajadi yang membantu menyerikan wajah anda. Dengan khasiat yang tinggi dan adunan 1001 nektar bunga hutan yang terdapat di dalam madu tualang, tidak hairan jika ia boleh menjadi satu bahan dalam mask yang memberikan pelbagai manfaat kepada anda.

Antara kelebihan madu tualang sebagai mask adalah:

  • Melembutkan kulit
  • Tona wajah yang sekata
  • Menyerikan wajah (glowing)
  • Membantu mengurangkan jerawat
  • Menyembuhkan luka dengan cepat
  • Membantu memudarkan parut

Seperti yang anda lihat banyak manfaat yang diperolehi dari penggunaan mask madu tualang. Di dalam artikel ini saya akan ajarkan anda resepi menghasilkan mask madu tualang yang InsyaAllah boleh menjadikan wajah anda lebih menawan. Baiklah tanpa membuang masa, di bawah adalah resepi mask madu tualang.

Resipi Mask Madu Tualang

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 sudu besar madu tualang
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar yogurt (tiada perisa)

Langkah-langkah:

1. Masukkan 2 sudu besar madu tualang ke dalam mangkuk

2. Tuangkan 1 sudu besar minyak zaitun ke dalam mangkuk yang berisi madu tualang. Minyak zaitun ini berfungsi sebagai penyubur dan pembersih wajah. Ia menjadikan wajah anda lebih lembap dan bersinar.

3. Masukkan 1 biji telur kuning. Asingkan telur putih. Telur kuning ini akan menjadikan mask anda lebih berkrim dan ia dapat membantu membuang minyak dan kotoran pada wajah anda.

4. Masukkan 1 sudu besar yogurt. Yogurt menjadikan wajah anda lebih berseri dan membantu melembapkan wajah anda.

5. Campur dan gaulkan kesemua bahan-bahan ini menjadikan ia sebati.

6. Apabila ia sudah sebati sapukan pada wajah anda dan biarkannya di muka anda selama 15-30 minit. Kemudian bilas.

Di harap artikel ini bermanfaat untuk anda. Akhir sekali pastikan anda menggunakan madu tualang yang asli, kerana kita tidak tahu apa masalah yang mungkin akan timbul jika anda menggunakan madu tualang tiruan yang bercampur bahan asing. Selamat mencuba!

Dapatkan madu tualang asli di sini (sila klik):