Setiap ciptaan Allah mempunyai keunikkannya yaang tersendiri. Kelebihan dan keunikan lebah sangat mengagumkan kerana ia merupakan diantara beberapa haiwan mempunyai surahnya sendiri. Lebah merupakan haiwan yang memperolehi wahyu daripada Allah dan akan sentiasa menjalankan kerjanya mengikut aturan yang ditetapkan oleh penciptanya. Di dalam surah An-Nahl Allah berfirman:

68. dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: “Hendaklah Engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan Yang didirikan oleh manusia.

 

69. kemudian makanlah dari Segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang Engkau sukai), serta Turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu Yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (dengan itu) akan keluarlah dari Dalam badannya minuman (madu) Yang berlainan warnanya, Yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada Yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang Yang mahu berfikir.

Betapa indahnya peraturan yang telah Allah tetapkan kepada haiwan kecil ini sehingga ia boleh menghasilkan madu yang boleh menjadi penawar kepada penyakit manusia. Walaupun ia kecil namun ia dapat membunuh manusia, walaupun ia kecil cecair yang dihasilkannya memberi manfaat kepada hidupan lain yang ternyata berkali ganda lebih besar.

Antara kumpulan lebah yang pelbagai jenis, lebah gergasi ataupun Apis Dorsata mempunyai keistimewaannnya yang tersendiri. Antara kelebihan yang anda pada haiwan istimewa ini adalah pada ketangkasan, stamina dan daya tahan penyakitnya yang ternyata melebihi spesis-spesis lebah yang lain. Mengikut kajian yang dilakukan, lebah ini mampu terbang lebih pantas dan lebih jauh mengatasi speis lebah yang lain.

Baru-baru ini penulis terjumpa sebuah video dari rancangan dokumentari BBC bertajul Live In The Undergrowth yang menunjukkan sifat unik yang ada pada lebah Apis Dorsata (lebah madu tualang) ini. Berikut merupakan video yang penulis maksudkan.

Dapat dilihat melalui video ini cara-cara Lebah Madu Tualang mempertahankan sarangnya daripada diserang oleh haiwan lain. Ia juga menunjukkan bagaimana lebah menghasilkan madu dan betapa tingginya sarang yang dibina oleh lebah madu tualang ini.

Dapatkan madu tualang asli di sini (sila klik):