Alhamdulillah kita semakin hampir dengan Ramadhan Al-Mubarak. Ketika artikel ini ditulis lebih kurang 3 hari lagi sebelum kita bertemu dengan bulan yang penuh berkat ini. Sebelum saya mula bercerita mengenai kelebihan meminum madu, terutamanya madu tualang, di bulan Ramadhan ini, suka untuk saya mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua, semoga ibadah kita di bulan ini diterima oleh Allah S.W.T.

Baiklah berbalik kepada kelebihan meminum madu tualang di bulan Ramadhan. Seperti yang saya tulis pada artikel-artikel lepas, antara kelebihan utama adalah pada keupayaan madu secara umumnya yang mampu memberi tenaga tambahan kepada pengamalnya. Dengan mengamalkan madu ketika bersahur insyaAllah ia dapat membantu kita bertahan dan bertenaga dengan lebih lama ketika berpuasa. Manakala meminum madu ketika berbuka dapat memberikan ketika suntikan tenaga yang insyaAllah dapat memberikan kita tenaga untuk bertarawih.

Keduanya, madu tualang dapat membantu kita dalam proses pencernaan. Di bulan Ramadhan kita kadangkala rasa “terliur” untuk menjamu pelbagai jenis makanan terutamanya semasa membeli juadah berbuka di bazar Ramadhan. Dengan lauk-pauk yang pelbagai dan kuih yang bewarna-warni, tidak hairan jika kita pulang dengan beg plastik yang penuh ditangan. Jika anda mengalami masalah pencernaan ketika dibulan Ramadhan, saya mencadangkan supaya anda mengamalkan madu tualang sebagai satu kaedah pengubatan yang berkesan.

Seterusnya madu tualang dapat membantu memberikan anda nutrien seperti karbohidrat, enzim, mineral, vitamin dan asid amino yang terbukti baik untuk badan kita. Ketika berpuasa sering kali kita akan memakan makanan yang lazat tapi kurang khasiatnya. Dengan mengamalkan madu anda dapat menambah nutrien di dalam tubuh anda. Tidak lupa juga madu tualang dapat membuang toxin di dalam badan kita dan ia dapat membantu mereka yang mengalami masalah gastrik.

Akhir sekali dan yang paling penting sekali adalah, madu dapat membantu kita mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. Nabi selalu mengamalkan meminum madu dan menasihatkan umatnya untuk mengamalkan madu sebagai penyembuh penyakit. Saya akhiri artikel ini dengan sebuah riwayat berkenaan madu:

Pada suatu hari datang seorang lelaki bertemu Rasulullah mengadu kepadanya berkenaan saudaranya yang sakit perut. Lalu Rasulullah bersabda dan menyuruh lelaki itu diberi minum madu. Namun begitu lelaki itu datang semula bertemu Rasulullah dan mengatakan bahawa penyakit saudaranya tidak juga sembuh. Rasulullah tetap menyuruh lelaki itu memberikan saudaranya minum madu sehingga tiga kali. Kemudian lelaki itu datang semula dan mengadu bahawa penyakit saudaranya masih belum sembuh. Lalu Rasulullah bersabda “Allah benar dan perut saudaramu itu berbohong. Beri dia minum madu”. Lalu diberi minum madu sekali lagi dan akhirnya sembuh.¬†(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dapatkan madu tualang asli di sini (sila klik):