Informasi Madu Tualang Archives

Assalamualaikum w.b.t. dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada pembaca sekalian. Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan salam Ramadhan 2012M/1433H, semoga Ramadhan kali ini dapat kita gunakan sebaik mungkin untuk beribadah kepada Allah taala. Amin.

Sebentar tadi saya berpeluang untuk bertemu dan berbual dengan Encik Zamri, pembekal dan seorang pakar dalam perihal Madu Tualang. Beliau merupakan seorang yang berpengalaman dalam memungut dan menjual madu tualang asli sejak tahun 1991 dan tentu sekali banyak pengalaman yang dapat dikongsikannya. Dalam pertemuan saya yang singkat pada 1 Ramadhan selepas solat tarawikh kira-kira 1 pagi, sambil-sambil ambil stok saya berbual-bual dengan beliau tentang pengalamannya.

Berikut merupakan beberapa kisah dan pengajaran yang mungkin boleh menjadi peringatan kepada kita semua dalam berurusan dengan madu khususnya madu tualang yang terdapat terlalu banyak penipuan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab:

Kisah #1: Penipuan “Bisnes” Madu Tualang

Terdapat beberapa sindiket yang menjalankan penipuan “peluang bisnes” madu tualang yang kebanyakkannya melibatkan pendatang asing dari negara jiran. Modus operandi mereka cukup mudah dan licik sehinggakan seseorang yang menjadi target kumpulan ini dengan mudah akan mempercayai dan melaburkan duit mereka (sebenarnya “meleburkan” duit).

Kebanyakkan penipuan ini biasanya dijalankan oleh penjual madu tualang tiruan yang akan menawarkan madu dengan harga yang cukup murah kepada pembeli (sehingga tidak masuk akal!). Mereka akan bermain dengan emosi dengan menjanjikan pulangan singkat dengan mengatakan terdapat “ready buyer” yakni pembeli yang sudah sedia membeli madu yang mereka jual.

Bagi meyakinkan lagi mangsa, kumpulan penipu ini akan menyamar sebagai pembeli madu tualang dari Singapura dan menghubungi mangsa bertanyakan tentang stok madu tualang, konon-kononnya untuk membeli dalam kuantiti yang banyak (mana dia dapat nombor pun tak tahu). Mangsa yang mengetahui terdapat pembeli yang ingin membeli dalam kuantiti yang banyak tentu “gelap mata” dan mempercayainya kerana terpengaruh dengan janji-janji si “pembeli”.

Apabila persetujuan telah dicapai, si penipu akan menghantar “madu-madu” tualang yang diletakkan didalam tong drum ke alamat si mangsa dan hanya menerima wang dalam bentuk “cash” sahaja. Tanpa mangsa sedari “ready buyer” yang dijanjikan tidak lebih dari lakonan pihak yang sama dan “madu-madu” yang dihantar adalah madu tiruan yang membahayakan kesihatan dan mampu merosakkan buah pinggang jika dimakan!!!

Akibat kurangnya informasi tentang madu terdapat ramai yang tertipu sehingga ratusan ribu ringgit kerana terpedaya dengan penipuan sindiket-sindiket ini. Ada kes dimana mangsa membuat pinjaman dengan adik-beradik, sahabat handai sehingga puluhan ribu semata-mata ingin membeli “madu” palsu beracun!!! Menyesal tak sudah tidak berguna lagi. “Ready buyer” hilang, madu tak asli pulak beracun dan tak dapat dimakan. Malang sekali nasib mangsa… Saya bersimpati terhadapat mereka.

Kisah #2: Penipuan Madu Tualang Beracun!

Tahukah anda madu-madu yang dijual dalam botol kaca pada harga yang cukup murah (RM20-40 sebotol), dijual dipasar-pasar malam bahkan dijual oleh orang asli di tepi-tepi jalan (yang konon-kononya asli sangat) kebanyakkannya adalah tidak asli dan boleh membahayakan kesihatan anda?

Ya benar! Kebanyakkan madu yang dijual oleh individu di pasar malam dan orang asli di tepi-tepi jalan dibekalkan oleh individu yang menghasilkan sendiri madu tersebut dan bukanlah madu yang diambil pada sarangnya!

Madu-madu itu merupakan madu buatan yang dicampurkan dengan pelbagai bendasing yang menjadikan teksturnya seakan-akan madu tetapi sebenarnya racun yang boleh membahayakan nyawa kita sekeluarga! Jika seseorang mengamalkan madu tidak asli dikhuatiri boleh menggagalkan buah pinggang dan komplikasi lain yang akan menyusahkan hidup kita pada masa akan datang.

Mengikut kata Encik Zamri yang memungut sendiri madu dari Riau Indonesia, cukai yang dikenakan oleh kerajaan untuk sarang madu sahaja (kira-kira sebesar helmet) sudah mencecah RM300, mana mungkin peniaga boleh menjual pada harga RM20 untuk sebotol madu tualang 1kg, bahkan madu yang terdapat di Malaysia juga sudah semakin berkurangan menyebabkan harganya melambung dengan tinggi sejak kebelakangan ini.

Inilah serba sedikit yang boleh saya kongsikan dengan pembaca semua semoga kita boleh membuat langkah berjaga-jaga dalam mengamalkan atau menjalankan perniagaan madu tualang. Bukan niat saya untuk memomok-momokkan anda dengan cerita diatas atau menjatuhkan mana-mana pihak (kecuali pihak penipu), tetapi agar kita tidak mudah tertipu dengan janji-janji manis individu-individu yang berniat jahat dengan mengaut keuntungan dengan cara haram.

Akhir kata, keputusan ditangan anda, anda boleh dapatkan madu tualang berharga RM20-40 sebotol yang diragui keasliannya di pasar-pasar malam ataupun anda boleh dapatkan terus madu dengan mereka yang ahli. Madu tualang asli harganya mungkin mahal, tetapi ia mengandungi semua khasiat yang sepatutnya ada pada madu tualang dan tentunya tidak membahayakan kesihatan anda.

Dapatkan madu tualang asli 100% disini. Klik butang dibawah untuk membuat pembelian sekarang (sementara stok masih ada):

Apa yang menghalang anda dari mendapatkan madu tualang? Madu yang terbukti, dengan izin Allah, mampu merawat dan mencegah pelbagai jenis penyakit. Ianya sesuai untuk anda yang sentiasa aktif dan memerlukan “booster” tambahan untuk memberikan tenaga dalam aktiviti anda.

Dapatkan madu tualang hari ini dan lihat sendiri hasilnya dalam hidup anda. Jadikan madu tualang sebagai amalan harian anda sebagai perawat, pencegah, memberi nutrisi dan tenaga yang anda perlukan dalan hidup anda.

Madu tualang ini sesuai diamalkan oleh seisi keluarga tanpa mengira umur, sama ada tua atau muda, dan sesuai dijadikan pencegah sebarang penyakit insyaAllah jika diamalkan selalu. Bak peribahasa arab yang selalu kita dengar, mencegah lebih baik dari merawat!

Madu tualang yang kami tawarkan terdapat dalam dua saiz berbeza iaitu 1kg dan 500g. Mungkin anda boleh mendapatkan madu tualang bersaiz 500g terlebih dahulu untuk mencuba sendiri kelazatan madu tualang hutan belantara dan merasai sendiri kesan positif yang hasil dari amalan meminum madu.

Beli madu tualang sekarang dan lihat sendiri hasilnya. Sila klik butang dibawah untuk membaca maklumat produk dan cara-cara pembelian:

Setiap ciptaan Allah mempunyai keunikkannya yaang tersendiri. Kelebihan dan keunikan lebah sangat mengagumkan kerana ia merupakan diantara beberapa haiwan mempunyai surahnya sendiri. Lebah merupakan haiwan yang memperolehi wahyu daripada Allah dan akan sentiasa menjalankan kerjanya mengikut aturan yang ditetapkan oleh penciptanya. Di dalam surah An-Nahl Allah berfirman:

68. dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: “Hendaklah Engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan Yang didirikan oleh manusia.

 

69. kemudian makanlah dari Segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang Engkau sukai), serta Turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu Yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (dengan itu) akan keluarlah dari Dalam badannya minuman (madu) Yang berlainan warnanya, Yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada Yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang Yang mahu berfikir.

Betapa indahnya peraturan yang telah Allah tetapkan kepada haiwan kecil ini sehingga ia boleh menghasilkan madu yang boleh menjadi penawar kepada penyakit manusia. Walaupun ia kecil namun ia dapat membunuh manusia, walaupun ia kecil cecair yang dihasilkannya memberi manfaat kepada hidupan lain yang ternyata berkali ganda lebih besar.

Antara kumpulan lebah yang pelbagai jenis, lebah gergasi ataupun Apis Dorsata mempunyai keistimewaannnya yang tersendiri. Antara kelebihan yang anda pada haiwan istimewa ini adalah pada ketangkasan, stamina dan daya tahan penyakitnya yang ternyata melebihi spesis-spesis lebah yang lain. Mengikut kajian yang dilakukan, lebah ini mampu terbang lebih pantas dan lebih jauh mengatasi speis lebah yang lain.

Baru-baru ini penulis terjumpa sebuah video dari rancangan dokumentari BBC bertajul Live In The Undergrowth yang menunjukkan sifat unik yang ada pada lebah Apis Dorsata (lebah madu tualang) ini. Berikut merupakan video yang penulis maksudkan.

Dapat dilihat melalui video ini cara-cara Lebah Madu Tualang mempertahankan sarangnya daripada diserang oleh haiwan lain. Ia juga menunjukkan bagaimana lebah menghasilkan madu dan betapa tingginya sarang yang dibina oleh lebah madu tualang ini.

Dapatkan madu tualang asli di sini (sila klik):

Madu tualang merupakan sejenis madu yang diperolehi daripada lebah liar yang mendirikan sarang di hutan. Kebiasaannya lebah hutan liar ini akan mendirikan sarangnya pada pokok tualang ataupun nama saintifiknya Koompassia excelsa yang berketinggian sehingga kira-kira 12 tingkat bangunan! Tujuan lebah ini mendirikan sarangnya di pokok tualang adalah bagi mengelakkan sarangnya diceroboh oleh haiwan liar lain.

Lebah liar ini kebiasannnya akan membina sarangnya pada bulan oktober dan sarang lebah itu akan matang dan mempunyai madu yang banyak pada bulan december. Ketika inilah proses pengambilan madu dilakukan. Pemungut madu akan merentasi hutan tebal untuk sampai ke tengah hutan yang mengandungi pokok tualang. Ketika musim memungut itu terdapat banyak sarang lebah pada sesebuah pokok tualang sehingga mencecah 100 sarang.

perbezaan saiz lebah madu

Keunikkan madu tualang berbanding dengan madu yang di dapatkan daripada lebah yang dipelihara adalah pada kualiti madu yang dihasilkan. Sebelum saya menceritakan tentang kualiti madu tersebut mari kita lihat dahulu perbezaan diantara lebah tualang (apis dorsata) dengan lebah madu ternak.

Melalui gambar disebelah ini anda dapat lihat lebah tualang yang turut dipanggil sebagai lebah gergasi (giant honey bee) atau lebah Himalaya (Himalayan honey bee), mempunyai saiz badan dua kali ganda daripada saiz lebah biasa. Lebah ini juga mampu terbang dengan lebih pantas dan pembiakannya adalah lebih cepat. Perbezaan yang paling ketara adalah lebah tualang ini mustahil untuk diternak dan sangat agresif berbanding lebah madu lain.

Berbalik kepada soal kualiti, apakah perbezaan madu yang dihasilkan oleh lebah tualang ini berbanding lebah ternak? Pertama sekali lebah tualang ini mendapatkan nektar atau sumber madu daripada bunga-bungan hutan pelbagai jenis yang mempunyai 1001 khasiat. Berbeza dengan lebah pelihara yang mendapatkan sumber madu daripada flora yang ditanam dan mungkin tercemar, lebah madu tualang ini mendapatkan sumber madu dari bunga-bunga hutan yang tumbuh meliar secara semulajadi dan tidak tercemar oleh racun.

Kualiti madu yang dihasilkan adalah bergred tinggi dan bercampur dengan pollen dan propolis yang mempunyai khasiat yang baik untuk manusia. Madu tualang juga mempunyai antioksida yang lebih tinggi berbanding dengan madu lebah ternak. Ini menjadikan madu tualang sebagai madu terbaik berbanding madu dari lebah yang dipelihara.

Saya berharap artikel ini bermanfaat untuk anda. Jika anda ingin maklumat lanjut mengenai madu tualang atau jika anda ingin membeli madu tualang yang asli, dapatkannya disini melalui link dibawah.

Dapatkan madu tualang asli di sini (sila klik):