Madu tualang merupakan sejenis madu yang diperolehi daripada lebah liar yang mendirikan sarang di hutan. Kebiasaannya lebah hutan liar ini akan mendirikan sarangnya pada pokok tualang ataupun nama saintifiknya Koompassia excelsa yang berketinggian sehingga kira-kira 12 tingkat bangunan! Tujuan lebah ini mendirikan sarangnya di pokok tualang adalah bagi mengelakkan sarangnya diceroboh oleh haiwan liar lain.

Lebah liar ini kebiasannnya akan membina sarangnya pada bulan oktober dan sarang lebah itu akan matang dan mempunyai madu yang banyak pada bulan december. Ketika inilah proses pengambilan madu dilakukan. Pemungut madu akan merentasi hutan tebal untuk sampai ke tengah hutan yang mengandungi pokok tualang. Ketika musim memungut itu terdapat banyak sarang lebah pada sesebuah pokok tualang sehingga mencecah 100 sarang.

perbezaan saiz lebah madu

Keunikkan madu tualang berbanding dengan madu yang di dapatkan daripada lebah yang dipelihara adalah pada kualiti madu yang dihasilkan. Sebelum saya menceritakan tentang kualiti madu tersebut mari kita lihat dahulu perbezaan diantara lebah tualang (apis dorsata) dengan lebah madu ternak.

Melalui gambar disebelah ini anda dapat lihat lebah tualang yang turut dipanggil sebagai lebah gergasi (giant honey bee) atau lebah Himalaya (Himalayan honey bee), mempunyai saiz badan dua kali ganda daripada saiz lebah biasa. Lebah ini juga mampu terbang dengan lebih pantas dan pembiakannya adalah lebih cepat. Perbezaan yang paling ketara adalah lebah tualang ini mustahil untuk diternak dan sangat agresif berbanding lebah madu lain.

Berbalik kepada soal kualiti, apakah perbezaan madu yang dihasilkan oleh lebah tualang ini berbanding lebah ternak? Pertama sekali lebah tualang ini mendapatkan nektar atau sumber madu daripada bunga-bungan hutan pelbagai jenis yang mempunyai 1001 khasiat. Berbeza dengan lebah pelihara yang mendapatkan sumber madu daripada flora yang ditanam dan mungkin tercemar, lebah madu tualang ini mendapatkan sumber madu dari bunga-bunga hutan yang tumbuh meliar secara semulajadi dan tidak tercemar oleh racun.

Kualiti madu yang dihasilkan adalah bergred tinggi dan bercampur dengan pollen dan propolis yang mempunyai khasiat yang baik untuk manusia. Madu tualang juga mempunyai antioksida yang lebih tinggi berbanding dengan madu lebah ternak. Ini menjadikan madu tualang sebagai madu terbaik berbanding madu dari lebah yang dipelihara.

Saya berharap artikel ini bermanfaat untuk anda. Jika anda ingin maklumat lanjut mengenai madu tualang atau jika anda ingin membeli madu tualang yang asli, dapatkannya disini melalui link dibawah.

Dapatkan madu tualang asli di sini (sila klik):